PKR Pulau Pinang tetap sokong Anwar - Utusan Malaysia

PKR Pulau Pinang tetap sokong Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 20 Julai – PKR negeri ini tetap memberikan sokongan terhadap Presiden walaupun parti itu kini dikatakan berdepan dengan kemelut dalaman melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, beliau telah menandatangani petisyen sokongan terhadap Anwar semalam dan berharap kemelut yang melanda PKR akan berakhir.

“Saya sokong Presiden jangan risau, siapa jadi Presiden saya sokong tidak kira siapa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya pun sudah tandatangan (petisyen), tetapi mereka adakan sidang akhbar sebelum saya sampai malah saya juga tandatangan menyatakan sokongan terhadap Presiden kita supaya terus memimpin,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat mural di Flat Lily, Balik Pulau di sini hari ini.

Semalam, susulan kemelut dalaman yang berlaku, enam orang Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPP) PKR telah menandatangani petisyen sokongan terhadap Anwar.

Enam daripada mereka iaitu Johari Abdul (Kedah), Amran Kamarudin (Perlis), Halim Bachik (Melaka), Azan Ismail (Terengganu), Zahir Hassan (Wilayah Persekutuan), dan Mohamad Supardi Md Noor (Kelantan).

Sebelum ini, khabar angin mendakwa berlaku perpecahan dalam parti itu susulan penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan parti berkenaan.

Muhammad Bakhtiar yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, soal siapa yang harus menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad juga tidak perlu dipersoalkan lagi kerana perkara itu telah pun dipersetujui menerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Sebelum ini Majlis Presiden PH pun telah setuju Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan selepas Dr. Mahathir.

“Saya rasa kita tidak lagi perlu persoalkan siapa yang perlu jadi Perdana Menteri, kita tumpukan kepada bina negara, kita tumpu pada pembangunan ekonomi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini