Penghuni kuarters penjawat awam perlu jaga aset negara - Ismail - Utusan Malaysia

Penghuni kuarters penjawat awam perlu jaga aset negara – Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penghuni kuarters penjawat awam diingatkan supaya bertanggungjawab dalam menjaga aset negara dengan tidak melakukan sebarang kerosakan atau pelanggaran syarat-syarat menduduki yang ditetapkan.

Peringatan itu dilontarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dalam satu Majlis Ramah Mesra Komuniti Kuarters Penjawat Awam di Kediaman Kakitangan Awam (KKA) Jalan Shahbandar, Maluri di sini baru-baru ini.

Ismail berkata, penghuni juga dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan berjiran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pembinaan kuarters merupakan komitmen dan usaha kerajaan dalam memberikan kemudahan kepada penjawat awam khususnya yang berkhidmat di sekitar Kuala Lumpur dengan kos pembinaan berjumlah RM55,258,800 dalam tempoh 36 bulan iaitu dari 26 Mei 2015 hingga 25 Mei 2018.

“Pembangunan kuarters berkeluasan 1.6 hektar ini menyediakan satu blok kuarters kelas E (Gred 29 – Gred 40) mengandungi 146 unit, termasuk dua unit untuk Orang Kelainan Upaya yang dilengkapi dengan kemudahan Panic Button dan merupakan yang kedua seumpamanya dibina selepas Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Cochrane.

“Selain itu, KKA Jalan Shahbandar juga dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta berbumbung, taman permainan, pondok pengawal, pejabat penyelenggaraan dan rumah sampah,” katanya.

Dalam majlis itu, beliau turut menjayakan aktiviti zumba dan sukaneka bersama-sama komuniti kuarters.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini