Penganggur diberkas bersama dadah - Utusan Malaysia

Penganggur diberkas bersama dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur ditahan bersama dadah di tepi bangunan Limbang Plaza, Limbang, Sarawak pada Isnin lalu.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek yang berusia 23 tahun ditahan pada pukul 1.20 pagi ketika berseorangan di kawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan terhadap beg silang yang dipakai suspek menemukan satu peket plastik lutsinar mengandungi 10 peket plastik kecil lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dadah tersebut seberat 11 gram dan dianggarkan bernilai RM1,400,” katanya di sini hari ini.

Menurut Abang Zainal, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini