PASIR PUTEH – Kira-kira 15 penduduk termasuk seorang tuan tanah bagai jatuh ditimpa tangga apabila 58 unit rumah idaman yang dibeli di projek perumahan Taman Perumahan Jaza Idaman, Cherang Ruku di sini terbengkalai sejak 10 tahun lalu. Lebih menyedihkan, ekoran kelewatan pembinaan rumah tersebut, para pembeli terpaksa menanggung hutang bank melalui potongan gaji bulanan selama tempoh berkenaan. Seorang pembeli, Abdul Rani Ibrahim, 52, berkata, kebanyakan pembeli terpaksa menanggung kos pembayaran pembelian rumah itu di antara RM88,000 hingga RM130,000 berdasarkan jenis rumah yang dibeli. “Gaji saya dipotong sebanyak RM492 setiap bulan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya