KATHMANDU – Seorang terbunuh selepas polis melepaskan tembakan terhadap pemprotes berikutan budak lelaki berusia 12 tahun lemas di lombong pasir, Bepal semalam.
Pemprotes yang marah menghalang laluan lebuh raya meminta kerajaan menghentikan perlombongan pasir di sungai yang mana didakwa mendatangkan risiko kepada komuniti.
Mereka juga meminta pampasan kepada keluarga mangsa di Sarlahi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ketua polis tempatan, Chandra Bhattarai berkata, seorang 26 lelaki terbunuh berikutan ‘ditembak ketika mengekang pemprotes’.
“Polis terpaksa melepaskan tembakan selepas hampir dua dozen kakitangan cedera dibaling batu.
“Malangnya seorang terbunuh dalam tembakan itu,” katanya kepada AFP.











