JAKARTA – Polis Indonesia menahan pemimpin rangkaian ekstremis berkait Al-Qaeda, Jemaah Islamiah (JI) di Bekasi, Sabtu lalu.
Jurucakap polis Indonesia, Dedi Prasetyo berkata, Para Wijayanto ditahan bersama isterinya oleh pasukan polis anti-terorisme di sebuah hotel terletak di pinggi Jakarta.
Katanya, Para merupakan pemimpin yang sudah lama dengan JI.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Para juga disyaki menghantar sekurang-kurangnya enam kali warga Indonesia untuk berperang di Syria dan menyediakan sokongan kepada militan di Poso, Pulau Sulawesi,” katanya.
JI sebelum ini telah mendalangi siri serangan maut di Indonesia. – AFP











