SIBU 31 Julai – Seorang pembantu tadbir wanita kerugian RM3,000 selepas menjadi mangsa terbaharu penipuan Macau Scam di sini baru-baru ini. Kejadian itu berlaku apabila mangsa dikatakan telah menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai seorang majistret dari Mahkamah Melaka. Wanita terbabit telah memaklumkan kepadanya bahawa mangsa mempunyai hutang kad kredit sebanyak RM16,840 dan diarahkan menghubungi seorang Sarjan polis dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka untuk membuat laporan…










