Pemandu lori cedera dalam kejadian tanah runtuh - Utusan Malaysia

Pemandu lori cedera dalam kejadian tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG – Seorang lelaki berusia 29 tahun cedera dalam kejadian tanah runtuh di kawasan kuari di Jalan Tobiar di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd. Nazmi Ismail dari Kampung Bukit Teriak, Mukim Telaga Mas, Pokok Sena dekat sini.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Tuan Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 2.18 petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati berlaku kejadian tanah runtuh ketika kerja-kerja mengorek tanah dilakukan sehingga menimbus sebuah lori di situ.

“Seorang lelaki yang berada di sebelah kanan iaitu bahagian pemandu telah dikeluarkan oleh pekerja kuari tanah di situ sebelum anggota bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang mengalami kecederaan ringan pada kepala selain mengadu sakit dada diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar oleh jentera EMRS untuk rawatan lanjut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini