Pekerja kilang maut terbabas - Utusan Malaysia

Pekerja kilang maut terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas dalam kejadian di Jalan Keruing, Kuching, Sarawak hari ini.

Portal Utusan Borneo melaporkan, dalam kejadian pada pukul 5.50 pagi itu, mangsa, Scham Nyambong, 30, yang beralamat di Kampung Simpok, Jalan Padawan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati mangsa menuju ke Demak Laut dari arah pusat bandar apabila kemalangan tersebut berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal sebelum terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar tiang lampu di pembahagi laluan tersebut.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia akibat cedera patah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Alexson berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 Akta pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini