Pecah amanah RM1juta: Bekas pekerja Muhammad Sajjad ditahan - Utusan Malaysia

Pecah amanah RM1juta: Bekas pekerja Muhammad Sajjad ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 9 Julai – Polis menahan seorang bekas pekerja Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah melibatkan jumlah RM1 juta milik syarikat usahawan kosmetik itu Ahad lalu.

Difahamkan, wanita berusia 20-an itu ditahan di sebuah lokasi di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penahanan itu dilakukan susulan satu laporan oleh Muhammad Sajjad atau lebih dikenali Nur Sajat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mengesahkan penahanan bekas pekerja kepada usahawan kosmetik itu.

“Polis juga telah mengambil keterangan daripada Sajjad semalam,” katanya ketika dihubungi sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Baharudin bagaimanapun enggan mengulas lanjut penahanan itu dan menjelaskan pihaknya akan mengadakan sidang akhbar selepas siasatan selesai.

Semalam, Nur Sajat menerusi laman sosial Instagramnya memuat naik dua gambar yang salah satunya bertulis “Alhamdulillah.. tertangkap jua akhirnya… selepas setahun berlalu…wait and see kebenaran pasti terjawab,”. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini