Pas ‘tiada selera’ pelawaan PH - Utusan Malaysia

Pas ‘tiada selera’ pelawaan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Walaupun ditawarkan peluang untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), namun Pas tetap dengan pendirian untuk tidak menerima gabungan itu sebagai ‘rakan kongsi’.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah mengakui ‘ajakan’ yang diterima daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah) itu sebagai ‘tidak menyelerakan’.

“Tiada selera, cukup itu sahaja,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini dilaporkan sedia membuka pintu kerjasama dengan Pas untuk menjadi sebahagian parti komponen PH demi penyatuan umat Islam.

Tawaran itu dilakukan selepas bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mempelawa Pas untuk mempertimbangkan tawaran menyertai PH.

Husam yang kini merupakan Naib Presiden Amanah berkata, sudah tiba masanya Pas dan pemimpinnya berfikir jika tidak mahu perjuangan selama lebih 60 tahun menumbangkan UMNO menjadi sia-sia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini