Papan tanda Bahasa Melayu: Perluaskan di premis-premis perniagaan - Utusan Malaysia

Papan tanda Bahasa Melayu: Perluaskan di premis-premis perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 5 Julai – Perlis menyambut baik langkah kerajaan negeri Selangor yang menguatkuasakan serta-merta semua papan tanda jalan di negeri tersebut menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu.

Seterusnya, Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Azizan Sulaiman mencadangkan agar semua negeri di Malaysia mewajibkan papan tanda jalan menggunakan bahasa kebangsaan itu tanpa perlu ada lagi dwibahasa.

Katanya, di Perlis, sememangnya papan tanda jalan menggunakan hanya Bahasa Melayu dan kerajaan negeri akan terus mempertahankannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sangat bersetuju dengan langkah kerajaan Selangor itu dan seluruh negara wajar mewajibkan papan tanda jalan hanya menggunakan Bahasa Melayu selepas ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, berkuatkuasa serta-merta semua papan tanda jalan di Selangor hanya boleh menggunakan satu bahasa sahaja, iaitu Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan dan semua papan tanda jalan dwibahasa perlu diturun serta ditukarkan.

Keputusan dan arahan itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari iaitu kira-kira tiga minggu selepas Utusan Malaysia melaporkan apa sudah jadi dengan titah Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila papan tanda jalan di Tanjong Sepat, menggunakan dwibahasa.

Sementara itu, Azizan yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri turut mencadangkan agar usaha tersebut diperluaskan di premis-premis perniagaan.

“Seboleh-bolehnya, papan tanda di premis perniagaan juga dalam Bahasa Melayu atau Jawi mengikut keselesaan pemilik tersebut,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini