Pantai Jawa diancam gempa 8.8 Richter - Utusan Malaysia

Pantai Jawa diancam gempa 8.8 Richter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 20 Julai – Pakar tsunami dari Badan Pengajian Penerapan Teknologi (BPPT), Widjo Kongko mendakwa bahagian selatan di pesisir Pulau Jawa berpotensi dilanda gempa bumi sekuat 8.8 skala Richter sehingga boleh mencetuskan gelombang tsunami yang dahsyat.

Widjo memberitahu bahawa ombak tsunami itu boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter berikutan terdapat unsur ‘megathrust’ atau elemen yang boleh mencetuskan gempa bumi kuat di sepanjang selatan Jawa.

“Terdapat banyak elemen megathrust di sepanjang selatan Jawa hingga ke Sumba di sebelah timur dan di selatan Selat Sunda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan perkiraan, gelombang tsunami berpotensi mence­cah ketinggian 20 meter dengan kawasan terjejas antara tiga hingga empat kilometer,” katanya seperti yang dipetik portal berita Suara.

Widjo juga memaklumkan bahawa ombak tsunami akan tiba dalam tempoh 30 minit selepas gempa berlaku.

“Jika Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) memerlukan masa lima minit selepas gempa untuk menyampaikan amaran awal, maka orang ramai hanya mempunyai masa sekitar 25 minit untuk berpindah dan menyelamatkan diri,” ujarnya.

Tambah Widjo, daerah yang berpotensi terkena ombak tsunami jika gempa bumi berlaku di selatan Jawa adalah dari Cilacap hingga Jawa Timur.

Berdasarkan rekod sebelum ini, gempa bumi kuat di selatan Pulau Jawa yang mencetuskan tsunami pernah berlaku pada 1994 di Banyuwangi dengan kekuatan gempa 7 skala Richter.

Sementara itu, Penyelia Pusat Gempa Wilayah VII BMKG, Nugroho Budi Wibowo berkata, BMKG akan mengeluarkan amaran awal jika berlaku tsunami dalam empat tahap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini