GUA MUSANG 2 Julai – Seramai 204 penduduk Orang Asli suku kaum Bateq di dua buah kampung di Pos Lebir mula diberi suntikan vaksin untuk mengelak jangkitan penyakit berjangkit, semalam. Penduduk terlibat adalah dari Kampung Kuala Koh membabitkan 65 penduduk dan Kampung Aring 5 seramai 139 orang. Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, suntikan vaksin yang dilaksanakan itu mendapat kerjasama baik penduduk Orang Asli.…










