Obi Mikel bersara wakili Nigeria - Utusan Malaysia

Obi Mikel bersara wakili Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA – Bekas bintang Chelsea, John Obi Mikel mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa sebaik sahaja membantu negaranya, Nigeria menduduki tempat ketiga di Piala Negara-Negara Afrika awal hari ini.

“Pada usia 32 tahun, sudah tiba masanya saya bersara daripada skuad kebangsaan dan memberi peluang kepada pemain lebih muda mengambil alih. Pemain muda ini telah melakukan tugas dengan baik di Mesir ini sehingga berjaya membawa pulang gangsa.

“Mesir adalah negara di mana saya memulakan karier antarabangsa dan ia juga adalah penamat kepadanya. Pada 2006, saya mula bermain untuk Nigeria maka 2019 menjadi penutup karier saya bersama Super Eagles,” katanya menerusi sosial media.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sepanjang pembabitannya, Mikel sudah membuat 89 penampilan antarabangsa selain menjaringkan enam gol sepanjang bersama Nigeria dari 2005 hingga 2019.

Dari segi pencapaian, dia pernah membantu Nigeria menjuarai Piala Negara-Negara Afrika pada 2013 di Afrika Selatan selain menjadi pemain lebih umur ketika membantu negaranya meraih gangsa pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Mikel pernah mengalami kecederaan lutut baru-baru ini sehingga terpaksa diketepikan daripada skuad kebangsaan. Dia sempat pulih untuk diturunkan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga hari ini.

Di peringkat kelab, Mikel sudah pun menandatangani kontrak dengan kelab Turki, Trabzonspor sebagai agen bebas selepas gagal membantu Middlesbrough naik ke Liga Perdana Inggeris musim lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini