JAKARTA 15 Julai – Selebriti terkenal Indonesia, Nikita Mirzani disyaki melakukan penganiayaan terhadap bekas suaminya, Dipo Latief. Hal ini susulan Dipo membuat laporan polis mendakwa dia menjadi mangsa keganasan. Jurucakap Unit Siasatan Jenayah Polis Jakarta Selatan, Komisioner Polis, Andi Sinjaya berkata, Nikita terlibat dalam kes penganiayaan dan bukannya melibatkan keganasan domestik atau keganasan rumah tangga. Jelas Andi, Dipo membuat laporan polis pada 5 Julai lalu, seiring dengan menjatuhkan talak cerai…









