Nik Faisal suruh 'sign' - Utusan Malaysia

Nik Faisal suruh ‘sign’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC International Sdn. Bhd. memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau hanya mengikut arahan Nik Faisal Ariff Kamil untuk menandatangani surat arahan pemindahan wang antara syarikat tersebut dengan dua anak syarikatnya.

Transaksi perbankan berkenaan adalah melibatkan tiga transaksi antara syarikat SRC International kepada Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana sdn. Bhd. antara 24 Disember 2014 dan 6 Februari 2015 melibatkan wang jumlah RM50 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Datuk Suboh Md. Yassin, 68, dalam keterangannya berkata, Nik Faisal yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SRC International terlebih dahulu menandatangani surat arahan berkenaan.

“Saya telah diminta oleh Nik Faisal untuk tandatangan. Saya ikut sahaja kerana Nik Faisal adalah CEO syarikat dan dia bertanggungjawab dalam hal kewangan dan pentadbiran. Saya berpandukan kepada nasihat dia.

“Permindahan wang antara Gandingan Mentari ke Ihsan Perdana kononnya adalah untuk program tanggungjawab sosial,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd. Yusoff dalam perbicaraan hari ke-30 melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana SRC International.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali diteruskan dengan pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu.

Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC International. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini