Nero artis berkumpulan tampil tetamu Jom Chat malam ini - Utusan Malaysia

Nero artis berkumpulan tampil tetamu Jom Chat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Segmen bual santai bersama artis dan selebriti tanah air, Jom Chat yang bersiaraya secara langsung di Facebook Utusan Online setiap hari Rabu, 9 malam kembali dengan artis berkumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Nero.

Nero dianggotai oleh lima anak muda iaitu Tuah (keyboard), Amar (percussion), Zuan (vokalis utama), Ariff (bass) dan Taufik (gitar).

Ditubuhkan pada awal tahun ini, Nero cuba untuk menempatkan diri mereka di hati peminat dan penggemar muzik tanah air dengan menampilkan genre pop dan rock.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun Nero mengagumi artis berkumpulan dari seberang seperti Dewa 19 dan Gigi, Nero tidak berhasrat untuk meniru muzik atau gaya dua kumpulan kegemaran mereka itu.

Malam ini, kita berkenalan dengan lebih dekat lagi muzik yang dibawakan oleh Nero. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini