Nassier Wahab bebas kanser - Utusan Malaysia

Nassier Wahab bebas kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Penyanyi popular, Datuk Nassier Wahab meluahkan rasa syukur apabila dirinya kini bebas daripada kanser gusi selepas melakukan pembedahan di sebuah pusat perubatan pada 1 Jun lalu.

Nassier, 57, berkata penyakit itu mula dikesan selepas dia mencabut gigi empat tahun lalu namun tidak menyangka ia berubah menjadi sel kanser.

“Ia bermula sebagai jangkitan kuman namun menjadi semakin teruk sejak setahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rahsiakan dulu daripada pengetahuan peminat dan media sehingga saya sudah berjaya membuang sel kanser tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Onlinesemalam.

Tambah pelantun Memori Cinta Luka ini lagi, dia kini berazam untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan lebih peka dengan penjagaan kesihatan.

“Kanser ini boleh datang semula jika saya tidak menjaga kesihatan atau badan mengalami tekanan jadi saya mahu ikut saranan doktor dalam menjalani hidup sihat.

“Insya-Allah, saya juga sudah semakin pulih dan akan boleh mula bekerja seperti biasa tidak lama lagi,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini