Nasib Exco didakwa merogol ditentukan setelah siasatan selesai - Utusan Malaysia

Nasib Exco didakwa merogol ditentukan setelah siasatan selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kedudukan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang dikaitkan dengan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap pembantu rumahnya akan diputuskan selepas polis selesai menjalankan siasatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri memandang serius dakwaan berkenaan dan meminta semua pihak supaya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara telus serta profesional.

“Kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Hari ini, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia membuat laporan polis di Balai Jelapang semalam mendakwa dirogol Exco berkenaan di rumahnya. 

Ketua penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Choo Lily ketika dihubungi Bernama News Channel mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini