LONDON – Jose Mourinho menolak tawaran kontrak bernilai 88 juta pound (RM455 juta) untuk menguruskan kelab Liga Super China, Guangzhou Evergrande.
Bekas pengurus Chelsea, Real Madrid dan Inter Milan itu masih belum memiliki kelab sejak dipecat oleh Manchester United pada Disember lalu.
Menurut media tempatan, Sky Sports, Mourinho berpeluang untuk menjadi pengurus paling mahal dalam sejarah bola sepak namun enggan menandatangani kontrak perjanjian tersebut.
Difahamkan, Guangzhou yang ketika ini dikendalikan oleh juara Piala Dunia, Fabio Cannavaro bersedia untuk membayar Mourinho 28 juta pound (RM145 juta) semusim tidak termasuk bonus.
Guangzhou juga bersedia untuk memberi pilihan tempoh kontrak kepada jurulatih berusia 56 tahun itu.
Mourinho telah mengadakan pertemuan bersama hartawan juga pengerusi kelab, Xu Jiayin di London pada April lalu. – AGENSI











