KAHERAH 9 Julai – Kerajaan Mesir meminta bantuan polis antarabangsa interpol untuk menjejaki artifak Tutankhamun berusia 3,000 tahun yang dilelong di London.
Lelongan artifak purba itu sebelum ini dtentang keras kerajaan Mesir.
Rumah lelongan Christie berjaya melelong artifak tersebut pada harga 4,746,250 pound (RM24 juta) kepada seorang individu tidak dikenali baru-baru ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Jawatankuasa Kebangsaan Mesir untuk Pemulangan Antikuiti (NCAR) dalam kenyataan memberitahu telah meminta interpol untuk menjejak semula artifak berkenaan.
“NCAR menentang amalan tidak profesional, menjual barang-barang antik Mesir tanpa dokumen dan membuktikan ianya dibenarkan di bawa ke luar Mesir,” tegas jawatankuasa tersebut dalam kenyataan.- AGENSI










