Melaka kemuka beberapa perancangan dalam RMK-12 - Utusan Malaysia

Melaka kemuka beberapa perancangan dalam RMK-12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 5 Julai – Kerajaan negeri akan menyentuh beberapa segmen untuk diberi tumpuan dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi pembangunan negeri itu untuk menjayakan pelan lima tahun tersebut.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, antara tumpuan yang akan diberikan adalah usaha menaik taraf sistem perhubungan jalan raya untuk mengelak masalah kesesakan, langkah mengatasi bencana banjir dan usaha meningkatkan tahap kesihatan penduduk.

Selain itu katanya, kaedah meningkatkan bidang ekonomi negeri termasuk peluang-peluang pelaburan dan menjadikan Melaka sebagai pusat bandar pelabuhan adalah antara perancangan yang akan dimasukkan dalam RMK-12 negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan mengambil kira kehendak rakyat termasuk daripada segi pembangunan infrastruktur, ekonomi dan kelestarian serta kebersihan negeri dapat dilaksanakan pada RMK-12,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sesi libat urus antara kerajaan negeri dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang diketuai Timbalan Menterinya, Dr. Radzi Jidin bagi pelaksanaan RMK-12, di pejabatnya di Seri Negeri di sini pagi ini.

Melaka merupakan negeri pertama yang menjadi tuan rumah sesi libat urus itu yang melibatkan sesi taklimat dan perbincangan antara kementerian dan kerajaan negeri sebagai persediaan bagi merealisasikan pelan lima tahun itu.

Sementara itu, Radzi memberitahu, menerusi sesi ini, pihaknya akan mendengar pandangan, hala tuju dan aspirasi yang digariskan setiap kerajaan negeri sebelum memberi panduan kepada mereka menyusun pelan pembangunan masing-masing dalam RMK-12.

“Pelan RMK-12 ini dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku ketiga tahun hadapan sebelum diguna pakai mulai tahun 2021 untuk tempoh lima tahun.

“Pada sesi libat urus ini, kita menjelaskan aspirasi dan hala tuju RMK-12 untuk memberi gambaran kepada kerajaan negeri supaya mereka memahami apa aspirasi kerajaan dan membuat perancangan sejajar dengan hasrat Pusat,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini