MBPJ buka laluan kontra Jalan Gasing hari ini - Utusan Malaysia

MBPJ buka laluan kontra Jalan Gasing hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan membuka laluan kontra di Jalan Gasing, di sini hari ini sebagai langkah mengurangkan kesesakan trafik di kawasan berkenaan pada waktu puncak. MBPJ menerusi catatan di Facebook berkata, laluan itu akan dibuka bermula dari pukul 5 petang hingga 6.45 petang dan sekiranya hujan, ia akan ditutup serta merta. “Orang ramai yang ingin mendapatkan pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Kerja Awam/Lalu Lintas, Jabatan Kejuruteraan MBPJ di talian 03-7958 4221,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN