MBPJ anjur Hari Tanpa Kenderaan PJ, Ahad ini - Utusan Malaysia

MBPJ anjur Hari Tanpa Kenderaan PJ, Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama warga Petaling Jaya dipelawa menyertai program Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Selangor pada Ahad ini.

MBPJ dalam kenyataan berkata, acara yang bermula dari pukul 6 pagi hingga 1.30 petang itu mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga antaranya PJ Smart Ride, Family Fun Run, pertandingan e-sukan, beyblade, cabaran bola sepak kanak-kanak dan santai budaya.

“Program ini merupakan usaha MBPJ untuk menjadikan Petaling Jaya bandar raya hijau dan mampan di samping mengajak penduduk tempatan untuk bersama-sama memelihara tenaga dan sumber bagi mengurangkan penggunaan kenderaan agar dapat mengawal kadar pencemaran udara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, penganjuran program edisi kedua bagi tahun 2019 ini merupakan inisiatif pihak Majlis untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di samping menggalakkan masyarakat menukar mod perjalanan daripada kenderaan bermotor kepada berbasikal dan berjalan kaki,’’ katanya.

Menurut kenyataan itu, pendaftaran bagi kesemua aktiviti boleh dilakukan pada hari tersebut dan semua aktiviti adalah percuma.

“Majlis berharap masyarakat menyokong usaha ini dalam merealisasikan matlamat untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya berkarbon rendah, hijau dan bebas halangan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini