Mayat dalam bagasi: Wanita pula diberkas - Utusan Malaysia

Mayat dalam bagasi: Wanita pula diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai- Polis semalam menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat dalam sebuah bagasi di Kampung Pengkalan Baik, Bau, Sarawak pada Jumaat lalu.

Portal Utusan Borneo melaporkan, wanita berusia 56 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 malam oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Stanford View.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintenden Poge Nyaon berkata, suspek direman selama tujuh hari setelah diluluskan oleh Mahkamah Majistret Bau bermula hari ini hingga Ahad depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek kedua tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Dia ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, orang awam yang sedang menangkap ikan menemukan sebuah beg terapung di sungai di lokasi kejadian kira-kira pukul 6 petang.

Pemeriksaan mendapati beg tersebut mengeluarkan bau busuk dan darah keluar daripadanya dan ketika dibuka, mayat lelaki lengkap berpakaian dengan mata ditutup pita pelekat ditemukan.

Susulan itu, seorang suspek berusia 28 tahun ditahan dan direman tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah semalam bagi membantu siasatan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini