Mayat anak lelaki anggota polis lemas ditemui - Utusan Malaysia

Mayat anak lelaki anggota polis lemas ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR – Mayat anak lelaki anggota polis yang lemas akibat terjatuh ke dalam Sungai Muar, di jeti berhampiran Istana Tanjung, di sini semalam, ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mayat Muhammad Faqih Mohd. Fairuz, 7, ditemui di Kuala Sungai Muar berhampiran Marina Bay, Tanjung Emas di sini kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian oleh Pasukan Polis Marin pada 2.20 petang tadi.

“Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk siasatan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha mencari bapa mangsa, Lans Koperal Mohd. Fairuz Mohd Hashim, 36, diteruskan dan kita lebihkan kepada ‘surface searching’ (pencarian di permukaan air) di Kuala Sungai Muar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian 6.45 petang semalam, Mohd. Fairuz dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, yang terjatuh ke dalam Sungai Muar, di jeti berhampiran Istana Tanjung. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini