Matrade, IsDB jalin kerjasama - Utusan Malaysia

Matrade, IsDB jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menjalin kerjasama dengan Islamic Developement Bank (IsDB) untuk menggalakkan perkongsian perniagaan antara syarikat Malaysia dan organisasi dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata, Matrade akan menerajui usaha Reverse Linkage (RL) bagi mewujudkan peluang perniagaan untuk syarikat-syarikat tempatan di 56 negara OIC.

Menurut beliau, Matrade melihat kerjasama itu sebagai strategik untuk membantu pembangunan di negara-negara OIC.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Matrade menyokong sepenuhnya kerjasama ini kerana yakin dengan manfaat bersama yang diperoleh kelak. Usaha ini akan memacu kemakmuran negara-negara terlibat melalui perkongsian yang melengkapi kemampuan satu sama lain.

“Kami berharap rakan-rakan dalam OIC akan menerima manfaat daripada kerjasama dengan Malaysia menerusi inisiatif RL,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini