Malaysian Tigers umum skuad ke Eropah Khamis ini - Utusan Malaysia

Malaysian Tigers umum skuad ke Eropah Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans sudah mempunyai bayangan 20 nama yang akan dibawa menghadapi Jelajah Eropah bermula 21 Julai ini.

Oltmans memberitahu, senarai tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya Khamis ini sebelum bertolak ke Dusseldorf, Jerman yang menjadi venue pertama Malaysia Tigers ‘berkelana’ di bumi Eropah.

“Sekarang saya boleh katakan sudah ada nama-nama dalam fikiran untuk dibawa ke Eropah. Saya akan umum Khamis ini,” katanya pada sesi latihan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelajah Eropah merupakan antara langkah persediaan skuad negara sebelum berdepan ujian sebenar iaitu peringkat kelayakan Sukan Olimpik 2020 pada Oktober depan.

Sepanjang di sana, Malaysian Tigers akan mengadakan aksi persahabatan menentang Jerman di Krefeld pada 25 Julai sebelum ke Terassa bertemu Sepanyol empat hari kemudian.

Selepas itu, skuad negara akan bermain pada Kejohanan Empat Penjuru dengan England, Ireland dan Sepanyol dari 1 hingga 4 Ogos diikuti aksi persahabatan bertemu Belanda di Breda (6-8 Ogos) sebelum melengkapkan Jelajah Eropah menentang juara Piala Dunia 2018, Belgium di Antwerp (9-12 Ogos).

“Kami akan menempuhi waktu sukar di Eropah dengan menentang pasukan-pasukan terbaik dunia tetapi itulah yang perlu dilakukan demi pembangunan pasukan.

“Kami perlu memastikan pasukan akan berada dalam keadaan paling baik menjelang Oktober (pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2020,” jelas Oltmans.

Selepas ke Eropah, Malaysian Tigers akan menguji venue Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, menentang Jepun, Australia dan New Zealand dari 19 hingga 23 Ogos sebelum persiapan terakhir dijalankan dengan menentang Korea Selatan di Seoul pada penghujung September.

Antara pasukan yang mungkin bakal dihadapi skuad negara pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2020 nanti adalah Jerman, Sepanyol, New Zealand atau Kanada. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini