Maklumat bank penumpang British Airways digodam, denda RM949 juta - Utusan Malaysia

Maklumat bank penumpang British Airways digodam, denda RM949 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 8 Julai – British Airways didenda AS$229.7 juta (RM949 juta) selepas maklumat bank lebih beratus-ratus ribu penumpang syarikat penerbangan itu digodam dua tahun lalu.

AFP yang memetik Ketua Eksekutif International Asset Group (IAG), Willie Walsh sebagai berkata, tindakan itu diambil ke atas syarikat penerbangan itu mengikut Akta Perlindungan Maklumat United Kingdom (UK).

“Denda yang dikenakan ini adalah bersamaan dengan 1.5 peratus daripada perolehan syarikat itu pada 2017,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif British Airways, Alex Cruz yang terkejut dan kecewa dengan tindakan undang-undang itu berkata, pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan dengan pencerobohan itu.

“Apa-apapun, saya bagi pihak syarikat memohon maaf kepada semua pelanggan kami atas segala kesulitan,” katanya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini