IPOH 2 Julai – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak mendapati wujud kegagalan majikan dalam pematuhan prosedur kerja selamat membabitkan kes seorang pemandu jengkaut maut dihempap batu di sebuah kuari di Mukim Sungai Raia dekat Simpang Pulai semalam. Pengarah JKKP negeri, Ir Zamzurin Maarof berkata, siasatan pihaknya di lokasi kejadian turut mendapati majikan gagal dalam melakukan penaksiran risiko untuk kerja-kerja pemecahan, pengalihan dan pemindahan batu dari tapak kuari. “Sehubungan…










