Lupakan perbezaan pilihan politik – Jokowi - Utusan Malaysia

Lupakan perbezaan pilihan politik – Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 1 Julai – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi me­ngajak semua pihak untuk melupakan perbezaan pilihan politik yang telah memecah belahkan rakyat negara ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis pelantikan calon Pre­siden dan calon Naib Presiden terpilih di bangunan Komisi Pemilihan Umum (KPU), Jakarta Pusat, semalam.

“Saya mengajak seluruh rak­yat Indonesia untuk melupakan perbezaan politik yang sempat memecah belahkan kita: nombor dua (Prabowo Subianto-Sandiaga Uno) dan nombor satu (Jokowi-Ma’ruf Amin),” kata Jokowi se­perti dipetik Detik News.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jokowi turut menekankan kepentingan penyatuan seluruh komponen rakyat negara ini bagi membolehkan pembangunan dapat dijalankan dengan baik.

“Kita perlu bersatu kembali menjadi Indonesia. Dasar Pancasila yang menyatukan kita semua,” kata Jokowi.

Jokowi selain itu mengajak Prabowo dan Sandiaga untuk bersatu dan bersama-sama membangunkan Indonesia.

“Saya yakin beliau berdua adalah pejuang bangsa yang mahu negara kita menjadi semakin kuat, maju dan adil serta makmur,” jelas Jokowi.

Selain itu, Jokowi juga me­ngumumkan akan meneruskan program pembangunan sebelum ini bersama Naib Presiden, Ma’ruf.

Sementara itu, Jokowi turut berharap Prabowo-Sandiaga akan menghadiri majlis pelantikannya sebagai Presiden kelak.

Menurut Jokowi, beliau me­ngakui berbesar hati sekiranya Prabowo dapat hadir pada majlis berkenaan. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini