Lukaku tidak gentar tinggalkan United - Leekens - Utusan Malaysia

Lukaku tidak gentar tinggalkan United – Leekens

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bekas jurulatih Belgium, Georges Leekens berpendapat, Romelu Lukaku tidak takut untuk meninggalkan Manchester United bagi menyertai Inter Milan.

Ketika ini Inter dilihat amat berminat untuk mendapatkan Lukaku berkenaan malah pemain berusia 26 tahun itu dilaporkan bakal mengumumkan sesuatu pada minggu depan selepas United meraih kemenangan dalam aksi persahabatan menentang Perth Glory, pada awal pagi tadi.

Lukaku tidak bermain ketika menentang Perth dan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, kelab itu masih belum menerima apa-apa tawaran bagi mendapatkan pemain kebangsaan Belgium berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Leekens, bakat yang dimiliki oleh Lukaku sewajarnya dimanfaatkan dengan baik oleh kelab yang memiliki pemain berkenaan.

“Dia adalah pemain bola sepak yang sungguh hebat namun perubahan yang dilakukan oleh jurulatih United menyebabkan dia sukar untuk bermain dengan baik.

“Saya dapat lihat dia lebih tenang ketika bermain untuk Belgium malah anda sendiri boleh melihat cara dia menjaringkan gol ketika menentang Kazakhstan serta Scotland sewaktu kempen kelayakan.

“Kini dia memerlukan keyakinan dan jika anda ketepikan dia mungkin akan menyebabkan dia sukar untuk menerima tindakan berkenaan,” kata Leekens. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini