SEREMBAN – Sebuah lori pasir merempuh kaunter Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Senawang dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, tiga pemandu lori yang sedang berurusan di kaunter tersebut mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd. Abdul Kadir berkata, kejadian berlaku selepas lori pasir itu selesai menjalani pemeriksaan. “Tiga mangsa yang cedera ialah Muhammad Afiq…










