Lelaki kantoi tunggang motosikal curi - Utusan Malaysia

Lelaki kantoi tunggang motosikal curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal curi akhirnya diberkas polis dalam operasi khas, Op Lejang, di sekitar Tasik Biru, Bau, Sarawak di sini awal pagi ini.

Dalam tangkapan kira-kira pukul 4.10 pagi itu, suspek berusia 40 tahun ditahan sepasukan anggota polis yang melakukan operasi di lokasi.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintenden Poge Nyaon, ketika pemeriksaan, suspek dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, Namun, suspek memecut bagi mengelakkan dirinya daripada ditahan pihak berkuasa.

“Suspek dan motosikal curi itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk tindakan lanjut.

“Semakan menerusi nombor pendaftaran dan casis adalah sama dengan motosikal seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Pekan Siburan kira-kira 15 jam sebelum itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nyaon, suspek dan rampasan motosikal yang dicuri telah dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Padawan.

“IPD Padawan akan mengambil alih siasatan kes berkenaan, termasuk menahan suspek dan motosikal itu untuk tindakan lanjut,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini