Lelaki dipercayai cabul kanak-kanak ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki dipercayai cabul kanak-kanak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – Seorang penganggur ditahan selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di rumahnya sekitar Taman Ehsan, Gombak, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, suspek berusia 38 tahun itu merupakan suami kepada pengasuh kanak-kanak terbabit.

“Kita menerima laporan polis dibuat bapa mangsa sebaik sahaja dimaklumkan mengenai perbuatan suspek oleh kanak-kanak tersebut pada Sabtu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek kemudian berjaya ditahan kelmarin bagi menbantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Samsor, mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk menjalani pemeriksaan lanjut dan suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini