Lebih 50 peratus PKS tidak dilindungi insurans - Utusan Malaysia

Lebih 50 peratus PKS tidak dilindungi insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – Lebih 50 peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini tidak dilindungi insurans dan berisiko kehilangan perniagaan mereka atas pelbagai alasan seperti kebakaran dan lain-lain, kata AXA Affin General Insurance Bhd.

Ketua Negaranya Emmanuel Nivet berkata kadar langganan insurans yang rendah itu adalah disebabkan perniagaan berpendapat bahawa insurans bukan suatu keutamaan serta mereka kurang pendidikan mengenainya.

“Dengan insurans bergantung kepada perlindungan, ia boleh melindungi kecurian, kebakaran, produk serta bencana alam, tetapi malangnya ramai yang berpandangan ia tidak perlu, yang menyebabkan keseluruhan operasi perniagaan mereka berisiko,” kata pada sidang akhbar bersempena acara AXA SME Challenge, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Yusof.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau juga berkata dengan pertumbuhan pendigitalan, PKS juga boleh menyesuaikan insurans siber mereka mengikut ciri-ciri perniagaan mereka bagi melindungi sekiranya berlaku pencerobohan atau kehilangan data.

Acara AXA SME Challenge itu disokong oleh SME Corporation. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini