LONDON – Frank Lampard akui pengalamannya sebagai pemain Chelsea akan menjadi sandaran untuk dia mengemudi kelab berkenaan menghadapi aksi pertama Liga Perdana Inggeris musim ini.
Bekas pemain berkenaan telah bersama The Blues lebih sedekad dan sepanjang kariernya di Stamford Bridge dia telah menjaringkan 250 gol.
Kini pengurus berusia 41 tahun itu berharap dia mampu membina semula Chelsea yang dipenuhi bakat muda untuk mengecapi kecemerlangan yang pernah dia rasai sebagai pemain.
“Ia perasaan yang baik malah saya selesa untuk kembali ke sini.
“Ia satu kelebihan kerana sudah mengenali bangunan ini dan wajah-wajah dalam bangunan ini bukan itu sahaja ia mengurangkan perasaan gementar hari pertama buat saya.
“Saya juga menghormati kesemua pengurus yang pernah saya ada, termasuk mereka yang saya tidak begitu rapat,” katanya. – AGENSI











