PASIR GUDANG – Kerajaan didakwa lambat bertindak dalam usaha menyelesaikan misteri udara beracun yang melanda kawasan Pasir Gudang biarpun kejadian pencemaran itu sudah berlarutan selama 12 hari sejak 20 Jun lalu.
Seorang penduduk di Taman Scientex di sini, Md. Hairi Nick Syam, 40, berkata, sehingga kini pihak berkuasa belum mengetahui punca sebenar kejadian itu yang menyebabkan ramai pelajar mengalami sesak nafas akibat terhidu udara beracun.
Menurutnya, kejadian terbaharu itu merupakan kali kedua yang dialami keluarganya selepas insiden pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim di sini pada Mac lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…











