KMJ: Teruja lihat Sultan Johor depan mata - Utusan Malaysia

KMJ: Teruja lihat Sultan Johor depan mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT – Seorang warga emas melahirkan perasaan teruja apabila dapat melihat dan merasai suasana Kembara Mahkota Johor (KMJ) ketika rombongan keluarga diraja singgah di Kampung Sungai Nibong, Semerah di sini hari ini.

Keterujaan dan perasaan gembira Tojimah Sarkam, 84, jelas terpancar diraut wajahnya sejurus melihat sendiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di depan mata buat pertama kali.

“Kalau sebelum ini selalu lihat Tuanku Sultan Johor dalam televisyen sahaja, hari ini dapat tengok depan-depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sangat teruja sebab ini pertama kali dapat tengok kerabat diraja Johor sepanjang hidup saya dan mungkin ini pertama atau terakhir,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Nibong di sini.

Meskipun tidak mampu bergerak, Tojimah tetap gagahkan diri berkerusi roda sambil ditemani anaknya, Zuraini Jeri, 47, serta beberapa penduduk kampung.

Terdahulu, rombongan yang diketuai Sultan Ibrahim tiba di Pusat Latihan Rekreasi Markisa, Kampung Sungai Nibong, Semerah di sini untuk persinggahan destinasi kedua di destinasi kedua hari pertama KMJ 2019 selepas berlepas dari Pontian.

Sultan Johor diiringi paduka-paduka baginda Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman, Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar serta suami Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Iskandariah.

Baginda kemudiannya berkenan mencemar duli membuat mi siput, kek buah kukus serta meluangkan masa memetik lada hitam serta bunga roselle. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini