Ketua MIC Paya Besar maut, dipercayai dilanggar lari - Utusan Malaysia

Ketua MIC Paya Besar maut, dipercayai dilanggar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Ketua MIC Bahagian Paya Besar, G. Ramesh ditemui maut di tepi jalan berhampiran Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di sini semalam, dipercayai akibat kejadian langgar lari.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Ramesh, 50, dipercayai menjadi mangsa kemalangan langgar lari sekitar pukul 10.55 malam semalam, semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini dari Kemaman, Terengganu. 

“Laporan forensik mengesahkan kematian disebabkan ada keretakan di kepala dan kita tidak menolak kemungkinan kemalangan itu berlaku di luar kenderaan, berdasarkan tiada kesan perlanggaran ditemui pada kenderaan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan polis setakat ini juga tidak menemui sebarang unsur jenayah di kawasan mayat ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini hari ini. 

Mohamad Noor berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam kira-kira 20 meter dari kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini