Kesedaran baharu atasi kemiskinan - Utusan Malaysia

Kesedaran baharu atasi kemiskinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 15 Julai – Golongan kurang berkemampuan di negara ini perlu diberikan kesedaran baharu dalam usaha mengeluarkan mereka daripada putaran garis kemiskinan.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa berkata, aspek pendidikan akan turut diberikan supaya mereka lebih yakin untuk membebaskan diri daripada ‘perangkap’ kemiskinan.

Menurutnya, perkara itu memerlukan satu strategi yang cukup halus untuk diselesaikan bagi memastikan ia berjalan dengan lancar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai contoh, sebelum ini ada keluarga miskin kita berikan mereka lembu dengan harapan bantu ekonomi penerima.

“Namun selepas setahun mereka jual lembu tersebut, tetapi saya tidak salahkan penerima dalam hal tersebut,” katanya kepada pemberita selepas turun padang melawat Azman Chewil yang merupakan pemohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Tok Uban dekat sini hari ini.

Dalam kunjungan itu, Sivarasa turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada Azman.

Sivarasa memberitahu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan terus menggerakan agensi dibawah seliannya mengikut kawasan dalam usaha membantu golongan miskin keluar daripada perangkap tersebut.

Katanya, KPLB akan menggunakan strategi yang berbeza-beza mengikut kesesuaikan sesebuah kawasan itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini