PUTRAJAYA 28 Julai – Kes gejala penyakit seperti influenza (ILI) didapati mencatatkan peningkatan dalam julat normal sejak bulan lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini berdasarkan trend yang direkodkan daripada aktiviti survelan pihaknya. Menurutnya, trend yang direkodkan itu adalah hampir sama berbanding trend pada tahun-tahun sebelumnya. “Begitu juga, analisa terhadap virus influenza yang dikesan daripada aktiviti survelan ini tidak menunjukkan sebarang tanda ianya telah mengalami mutasi sehingga mencetuskan kemunculan virus influenza yang baru (novel virus),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Secara amnya, tambah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya