KUALA LUMPUR 21 Julai- Sebuah kereta pacuan empat roda yang dilaporkan hilang hari ini ditemukan dalam keadaan terbabas dalam semak di Kampung Stenggang, Jalan Bau-Lundu, Kuching, Sarawak.
Menurut Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintenden Poge Nyaon brkata, kenderaan berwarna kuning itu ditemukan pada pukul 8.50 pagi oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah Bau.
“Semasa sepasukan polis sedang menjalankan rondaan Ops Lejang di sepanjang Jalan Sepadah Kampung Stenggang, mereka menemukan kenderaan tersebut yang ditinggalkan dalam keadaan terbabas di lokasi kejadian.
“Hasil pemeriksaan melalui sistem kompol mendapati kenderaan pikap tersebut dilaporkan hilang hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, kenderaan tersebut dibawa ke Balai Polis Bau untuk tindakan lanjut.-UTUSAN ONLINE










