KUALA LUMPUR 4 Julai – Kerajaan Negeri Johor dicadangkan supaya memberi sumbangan atau wang ihsan kepada mangsa-mangsa yang terjejas dalam pencemaran di Sungai Kim Kim. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, sumbangan itu dipercayai dapat membantu meringankan beban beban mangsa dan keluarga. “Saya akan duduk dengan pihak Kerajaan Negeri Johor kerana ini kes anak buah saya. Saya akan memperjuangkannya, kasihan dia dan keluarganya, bayangkan kalau anak kita begitu,” katanya…










