Kelulut FC juara Piala ADUN Rhu Rendang - Utusan Malaysia

Kelulut FC juara Piala ADUN Rhu Rendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 28 Julai – Pasukan Kelulut FC dinobatkan sebagai juara pertandingan Bola Sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang selepas berjaya menewaskan Rhu Rendang FC 2-0 dalam perlawanan akhir di Padang Astaka di sini malam tadi.

Manakala pemain lincah Kelulut FC, Mohd. Khairul Nizam Abdul Wahab yang berjaya menjaringkan dua gol untuk pasukannya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Dengan kemenangan itu bermakna Kelulut FC yang menewaskan pasukan Kijing Pantai 1-0 pada perlawanan peringkat separuh akhir berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM4,000 beserta Piala Pusingan, medal dan sijil penyertaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan Rhu Rendang FC yang menjadi Naib Juara pula membawa menerima RM2,000, medal dan sijil penyertaan dan kedua-duanya mara ke final selepas menewaskan pasukan Alor Pak Bang dengan jaringan 1-0 pada perlawanan Separuh Akhir.

Pemenang tempat ketiga perlawanan ini dimenangi secara bersama pasukan Kijing Pantai dan Alor pak Bang,, mrembolehkan kedua-dua pasukan tersebut menerima hadiah wang tunai RM750.000

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang.

Yang turut hadir ialah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.

Sebanyak 23 pasukan dalam DUN Rhu Rendang menyertai kejohanan kali ini yang antara lain bertujuan mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak di daerah ini.

Lain-lain pasukan ialah Rusila, Sentol Patah, Seberang Marang, Rusila 2, Bukit Kemas, Bukit Gasing, Gong Beris, Kampung Baharu Bukit Kecil, Batangan, Sentol Patah 2, Tertak Batu, Rhu Rendang Pantai, Kampung Paya, Bukit Che Ali, Medan Jaya, Kijing, Rhu Muda, Pulau Kerengga dan Rhu Dua. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini