Kedah terus jadi igauan Selangor - Utusan Malaysia

Kedah terus jadi igauan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Pasukan wanita Kedah mengesahkan tempat di pentas akhir Piala Tun Sharifah Rodziah 2019 selepas menundukkan Selangor 3-1 di Stadium MMU, Cyberjaya, hari ini.

Musim lepas, Selangor turut tewas kepada lawan sama sekali gus menyaksikan pasukan Kedah terus menjadi halangan buat mereka beraksi di final untuk tahun kedua berturut-turut.

Dalam aksi berlangsung sengit itu, menyaksikan Selangor terlebih dahulu di depan menerusi jaringan pertahanan tengah, Noor Hartini Jasni yang mudah menyudahkan peluang terhidang di depan gol hasil sepakan bebas rakan sepasukannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, juara bertahan, Kedah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi larian cantik pemain sayap kanan, Usliza Usman yang berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum tenang menyudahkan peluang itu dua minit kemudian.

Selepas itu, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi berbalas serangan namun kedudukan 1-1 kekal hingga akhir babak pertama.

Bersambung babak kedua, Kedah hanya memerlukan 13 minit untuk di depan hasil jaringan Malini Nordin sebelum penyerang sensasi pasukan utara itu, Nurul Izzati Zainol melengkapkan kemenangan bergaya pasukannya menerusi gol pada minit ke-68.

Tersentak dengan jaringan itu, Selangor dihidangkan dengan beberapa peluang keemasan namun penjaga gol Kedah, Nurul Affrina Natasha Ramadhan mempamerkan aksi cemerlang bagi memastikan gawangnya tidak dibolosi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini