Juruterbang digantung tugas kerana silap hantar amaran rampasan pesawat - Utusan Malaysia

Juruterbang digantung tugas kerana silap hantar amaran rampasan pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 20 Julai – India telah menggantung tugas seorang juruterbang ekoran tindakannya yang menghantar amaran rampasan pesawat secara tidak sengaja kepada pusat kawalan trafik udara dalam satu penerbangan domestik pada bulan lalu.

Menurut Ketua Pengarah Penerbangan Sivil (DGCA) India menerusi satu kenyataan, pesawat AirAsia India yang melakukan penerbangan dari New Delhi ke Srinagar, mengalami masalah enjin terhenti dan kapten kapal terbang itu telah mengarahkan pegawai pertama, Ravin Raj menghantar kod kecemasan bagi memberitahu pihak berkuasa mengenai situasi yang dialaminya.

Katanya, daripada menggunakan kod 7700, Raj telah menghantar kod 7500, iaitu kod bagi rampasan pesawat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Transmisi demikian dianggap amaran keselamatan yang besar di seluruh dunia.

Pesawat Airbus A320 itu mendarat dengan selamat di bandar Chandigarh.

Raj didapati bersalah kerana melakukan kecuaian dan digantung tugas selama tiga bulan, kata DGCA.

Kapten pesawat itu juga diberi amaran supaya lebih berwaspada. – AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini