Juara Wimbledon, Djokovic perkukuh kedudukan No. 1 - Utusan Malaysia

Juara Wimbledon, Djokovic perkukuh kedudukan No. 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Kejayaan Novak Djokovic mempertahankan gelaran pada kejuaraan tenis Wimbledon, telah menjamin kedudukannya selaku pemain No. 1 dunia dalam senarai terbaharu ranking ATP yang dikeluarkan, hari ini

Pemain berusia 32 tahun itu, yang merangkul kejuaraan Wimbledon buat kali kelima dan yang ke-16 dalam pertandingan utama menewaskan Roger Federer menerusi kemenangan lima set, pada final berlangsung hampir lima jam.

Bintang tenis Serbia itu kini memiliki kelebihan 4,500 mata mengatasi Rafael Nadal yang menghuni kedudukan kedua dan pemain Sepanyol itu pula hanya mengatasi Federer, 37, dengan jurang 485 mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain yang mencatat lonjakan terbesar dalam ranking ATP ialah Roberto Bautista Agut yang berjaya mara sehingga ke separuh akhir Wimbledon, di mana dia tumpas kepada Djokovic dalam empat set.

Agut berjaya melonjak sembilan anak tangga dan kini menghuni tempat ke-13. David Goffin yang kecundang di tangan Djokovic pada suku akhir, kembali dalam kelompok 20 terbaik dunia, setelah dia melonjak lima anak tangga ke kedudukan No. 18 dunia. – AFP


Ranking ATP pada 15 Julai (lonjakan ranking dalam tanda kurung):

1. Novak Djokovic (SRB) 12,415 mata

2. Rafael Nadal (ESP) 7,945

3. Roger Federer (SUI) 7,460

4. Dominic Thiem (AUT) 4,595

5. Alexander Zverev (GER) 4,325

6. Stefanos Tsitsipas (GRE) 4,045

7. Kei Nishikori (JPN) 4,040

8. Karen Khachanov (RUS) 2,890 (+1)

9. Fabio Fognini (ITA) 2,785 (+1)

10. Daniil Medvedev (RUS) 2,625 (+3)

11. Kevin Anderson (RSA) 2,500 (-3)

12. Juan Martin Del Potro (ARG) 2,380 (-1)

13. Roberto Bautista Agut (ESP) 2,320 (+9)

14. Borna Coric (CRO) 2,195

15. John Isner (USA) 2,040 (-3)

16. Nikoloz Basilashvili (GEO) 1,995

17. Marin Cilic (CRO) 1,940 (+1)

18. David Goffin (BEL) 1,860 (+5)

19. Gael Monfils (FRA) 1,815 (-4)

20. Matteo Berrettini (ITA) 1,800

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini