Johor kekal had usia belia 40 tahun - Utusan Malaysia

Johor kekal had usia belia 40 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 8 Julai – Kerajaan negeri menetapkan untuk mengekalkan had usia belia di negeri ini antara 15 hingga 40 tahun bagi memastikan pelan perancangan yang sudah dirangka dapat dilaksanakan.

Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, pada usia 40 tahun, mereka merupakan kelompok yang strategik untuk membina karakter kepimpinan dalam berjuang dan mengetengahkan isu semasa yang berbangkit.

“Ia seiring dengan semarak cita-cita melalui penonjolan idealisme, aktivisme dan intelektualisme yang merupakan ciri serta citra orang muda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah, pada peringkat usia itu, literasi politik mereka juga stabil, selain merupakan masa yang sesuai untuk membentuk mereka menjadi pemimpin pelapis masa hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr. Sahruddin berkata, selain itu, kebanyakan pelbagai dana bantuan yang diperkenalkan kerajaan juga menetapkan had usia 18 hingga 40 tahun.

Tambahnya, pada masa ini, golongan belia yang berusia 30 tahun hingga 40 tahun juga masih aktif menyertai pelbagai program, termasuk aktiviti luar dan sukan.

“Kerajaan negeri menghormati pandangan dan keputusan Kerajaan Persekutuan dalam pelaksanaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 688) yang menurunkan had usia belia daripada 40 kepada 30 tahun.

“Walau bagaimanapun, kerajaan negeri merasakan had usia belia 40 tahun dikekalkan adalah wajar,” katanya. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini